PM arah polis semak sekatan perjalanan terhadap Fahmi Reza
Iklan
Fahmi Reza di KLIA selepas dibawa keluar dari kawasan pelepasan antarabangsa di KLIA baru-baru ini.
SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay untuk menyemak isu larangan ke luar negara yang dikenakan terhadap aktivis dan artis grafik, Fahmi Reza.
Arahan itu dibuat susulan dakwaan Fahmi bahawa beliau telah disekat oleh pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) daripada menaiki penerbangan ke Singapura di KLIA2, Sabtu lalu.
Iklan
Iklan
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan bahawa kerajaan Madani komited untuk menjunjung tinggi kebebasan individu selagi mana perkara itu tidak menjejaskan keselamatan negara atau melanggar undang-undang sedia ada.
"Oleh itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara ini.
Iklan
"Pejabat Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan ini dengan sewajarnya," menurut kenyataan itu.
Anwar
Pada Sabtu, Fahmi mendakwa dirinya telah disenarai hitam oleh Bukit Aman tanpa sebarang notis atau penjelasan, dan tidak dibenarkan menaiki pesawat ke luar negara.
Iklan
Beliau turut memuat naik pengalamannya itu di media sosial dan mempersoalkan asas sekatan tersebut.
Insiden itu berlaku kurang dua minggu selepas dia turut dilarang memasuki Sabah pada 29 Mei lalu dan diarah pulang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
Fahmi percaya tindakan terhadapnya berkait dengan karya seni satira yang menyentuh isu pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah serta kritikan terhadap Kerajaan Perpaduan.
Tindakan menyenarai hitam Fahmi mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk aktivis hak asasi manusia dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) yang menggesa penjelasan terbuka diberikan oleh pihak berkuasa.
Setakat ini, pihak PDRM belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung sekatan tersebut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>