Nahas didakwa berlaku ketika bot diuji kali kedua

Iklan
Pasukan penyelamat giat menjalankan usaha mencari dan menyelamat suami isteri yang masih hilang.

PELABUHAN KLANG - Bot yang terlibat dalam insiden di perairan Tanjung Harapan di sini pada Jumaat pernah diuji sebelum ini serta tidak mengalami sebarang masalah.

Isteri kepada salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Hung berkata, bot terbabit pernah diuji pandu sebelum ini oleh suaminya yang juga pemilik bot.

Iklan
Iklan

"Semasa ujian pelayaran pertama, tidak berlaku sebarang masalah namun sebaliknya yang berlaku ketika ujian dilakukan kali kedua dan kemudiannya mengorbankan suami saya.

"Saya tak sangka kejadian ini menimpa suami, dan saya berharap agar individu lain yang hilang segera ditemui," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Iklan

Sementara itu, saudara kepada salah seorang mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian terbabit berkata, mayat anak saudaranya pada mulanya telah timbul di permukaan laut sebaik kemalangan itu berlaku.

"Salah seorang pekerja yang terselamat dalam kejadian itu bertindak mengikat tubuhnya bersama mayat anak saudaranya bagi mengelak dihanyutkan arus deras.

Iklan

"Setakat ini, saya belum dapatkan gambaran jelas berkaitan kejadian ini, dan apa pun kejadian ini amat memberikan kesan kepada keluarga kami," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan tiga individu termasuk seorang kanak-kanak maut manakala dua individu lain iaitu suami isteri hilang setelah bot dinaiki mereka bersama beberapa individu lain terbalik di perairan Tanjung Harapan pada Jumaat.

Mangsa yang hilang dikenali sebagai Gan Hon Tat, 32, dan isterinya, Careen Man, 29, berasal dari Klang Utama.

Individu yang maut adalah Darren Gan, 3, Cheu Son Hin, 50, dan Fong Yong Sen, 29.

Jenazah individu yang maut di bawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.