Pembangkang persoal Petronas bayar dividen tinggi walau keuntungan menyusut

Iklan
Hamzah, Radzi Jidin

SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberikan penjelasan tentang rasional Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tetap perlu membayar dividen berjumlah RM30 bilion setahun biarpun mengalami kemerosotan keuntungan dua tahun berturut-turut.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut mempersoalkan tindakan kerajaan 'memerah' syarikat minyak dan gas negara itu tanpa mengambil kira kejatuhan keuntungan syarikat dan kebajikan kakitangannya.

Iklan
Iklan

"Rakyat berhak tahu, adakah ini pengurusan fiskal yang adil?" katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Hamzah berkata demikian mengulas mengenai pengumuman mengejutkan dibuat Petronas dua hari sebelum Hari Raya Aidiladha bahawa mereka akan mengurangkan lebih 5,000 pekerja.

Iklan

Jumlah berkenaan mewakili kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja akan diberhentikan, dalam proses yang dinamakan penstrukturan semula.

Hamzah berkata, penstrukturan semula itu berlaku susulan penyusutan keuntungan berturut-turut yang dihadapi Petronas iaitu jatuh 32 peratus bagi tahun 2024 dan sebelum itu, jatuh 21 peratus pada 2023.

Iklan

"Apa yang mengejutkan, dalam keadaan keuntungan Petronas jatuh dengan begitu besar, kerajaan tetap memerah Petronas membayar dividen RM32 bilion kepada kerajaan untuk tahun 2025, sama seperti tahun 2024.

"Walhal, jika kerajaan tidak memerah Petronas dan mengambil langkah mengurangkan kadar bayaran dividen mengikut prestasi keuntungan semasa Petronas, penstrukturan semula yang memangsakan rakyat ini boleh dielakkan," katanya.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin pula berkata, sama ada kakitangan kontrak atau kakitangan tetap, kehilangan pekerjaan tetap memberi kesan besar kepada diri serta keluarga.

"Sama-samalah kita doakan agar dipermudah urusan mereka tanpa mengira kakitangan kontrak atau tetap.

"Hidup kita perlu sentiasa ada rasa kemanusiaan," katanya.