Bot muatan sampah karam di Pulau Redang cetus kebimbangan pencemaran laut

Iklan
Keadaan bot yang membawa sampah di Pulau Perhentian sebelum tenggelam sepenuhnya.

KUALA NERUS – Insiden sebuah bot membawa muatan sampah dari sebuah resort di Pulau Redang di sini yang tenggelam ketika dalam perjalanan ke tanah besar mencetuskan kebimbangan terhadap risiko pencemaran laut.

Menurut seorang penduduk, Shahrunizam Yusof, 30, bot berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari kawasan Pasir Panjang ke Jeti Merang, Setiu sebelum sampah dibawa ke pusat pelupusan menggunakan lori, pada Selasa lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tekong bot dan seorang awak-awak berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke daratan selepas ditimpa insiden itu.

"Pada awalnya hanya sebahagian bot yang tenggelam, tapi lama-kelamaan bot tersebut tenggelam sepenuhnya dan hanya bumbung sahaja yang tinggal.

Iklan

"Muatan sampah yang dianggarkan lebih 100 kilogram (kg) itu turut terapung di permukaan air sebelum sebahagiannya tenggelam ke dasar laut," ujarnya lagi.

Menurutnya, walaupun usaha mengutip sampah telah dijalankan, masih terdapat sisa yang tersangkut di bawah bot dan tersebar di kawasan sekitar.

Iklan

Kira-kira 100kg sampah yang diangkut dari Pulau Redang bertaburan di permukaan laut susulan insiden tersebut.

"Kerja-kerja membersihkan kawasan bawah laut perlu dijalankan bagi memastikan kawasan itu tidak terus tercemar.

"Kita bimbang insiden ini boleh menjejaskan ekosistem marin kerana sampah yang tenggelam boleh memberi kesan kepada hidupan laut,"katanya lagi.

Terdahulu, video kejadian yang memaparkan bot tenggelam dan sampah sarap terapung di permukaan air tular di media sosial.

Ia menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai yang bimbang terhadap tahap pencemaran laut di kawasan pelancongan itu.

"Kita harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera untuk memastikan tiada pencemaran berlaku akibat insiden itu.

"Selain itu, garis panduan lebih ketat perlu disediakan berkaitan pengurusan sampah di pulau tersebut," ujarnya.