Balad Travel & Tours nafi terlibat kes jemaah haji terkandas di KLIA

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan jemaah haji terkandas di KLIA.

SHAH ALAM - Al Balad Travel & Tours menafikan penglibatan dalam sebarang pengurusan jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.

Al Balad Travel & Tours dalam satu kenyataan berkata, pihaknya hanya bersetuju untuk menguruskan jemaah sekiranya penganjur memenuhi syarat-syarat yang dikenakan.

Iklan
Iklan

"Kami tidak terlibat dalam sebarang urusan pengurusan jemaah tersebut, sama ada di tanah air mahupun di tanah suci.

"Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah penganjur mesti mendapatkan Visa Haji Mujamalah yang sah, menyediakan penerbangan pergi dan balik serta membuat bayaran penuh bagi pakej penginapan yang dipersetujui," ujarnya pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini, hasrat Amir Ukays bersama isteri Sarimah Ahmad untuk menunaikan haji tidak kesampaian apabila gagal berlepas ke Jeddah selepas ditipu pihak yang menawarkan pakej ibadah tersebut secara percuma sepenuhnya.

Pakej menggunakan visa Mujammalah itu dipercayai turut ditawarkan kepada 80 lagi bakal jemaah dan dijanjikan akan ditanggung sepenuhnya oleh seorang hartawan yang mengamanahkan pihak ketiga untuk menguruskannya melalui sebuah agensi terkemuka dan berdaftar di bawah Tabung Haji (TH).

Iklan

Tambah kenyataan itu, memandangkan pihak penganjur tidak berjaya mendapatkan visa haji yang sah sehingga tarikh akhir penerbangan haji, maka segala urusan pengurusan jemaah di tanah suci tidak dapat dilaksanakan oleh Al Balad Travel & Tours.

"Untuk rekod, pihak Al Balad Travel & Tours juga tidak menerima sebarang bayaran atau deposit daripada pihak penganjur berkaitan perkara ini," ujarnya.