Hajiji serah 200 lembu korban sempena Aidiladha
Iklan
Hajiji Noor pada majlis penyampaian sumbangan lembu korban kepada masjid dan surau daerah Tuaran di Pusat Kebudayaan Bajau Sama Lok Batik Tuaran hari ini. - Foto: Bernama
TUARAN - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menyerahkan sebanyak 200 ekor lembu korban sempena sambutan Aidiladha yang bakal diraikan Sabtu ini, kepada wakil masjid dan surau dalam kawasan Parlimen Tuaran.
Sumbangan lembu korban itu turut diberikan kepada kepada wakil jabatan serta agensi Persekutuan dan negeri, selain pertubuhan badan bukan kerajaan.
Iklan
Iklan
Majlis penyerahan berkenaan berlangsung di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Samah Sabah di Kampung Lok Batik, di sini.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Hajiji berkata, ibadah korban bukan sahaja melambangkan ketaatan kepada Allah SWT, malah menjadi medium memperkukuh semangat perpaduan, kesatuan dan budaya saling membantu dalam kalangan masyarakat.
Iklan
"Aidiladha bukan sekadar perayaan, ia satu penghayatan terhadap nilai pengorbanan, keikhlasan dan kepedulian.
"Kita berharap sumbangan ini bukan sahaja membolehkan ibadah korban dilaksanakan, malah dapat memeriahkan sambutan Aidiladha di kawasan masing-masing, di samping memastikan daging korban diagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan,” katanya.
Iklan
Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Tuaran, Mohd Hailmi Misbah berkata, pihaknya menggerakkan seramai 42 petugas bagi membantu proses penyerahan lembu korban, khususnya ke masjid dan surau yang terlibat, bermula Selasa lepas.
"Pelaksanaan ibadah korban akan dilakukan oleh ahli jawatan kuasa masjid dan surau masing-masing. Kita hanya menyerahkan sumbangan, manakala proses penyembelihan dan pengagihan daging korban akan dilaksanakan oleh pihak masjid dan surau terbabit,” katanya. - Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.