Lelaki tawar pelukan lima minit dengan bayaran RM33

Iklan
Trend 'man mum' tular di China apabila wanita sanggup membayar untuk memeluk seorang lelaki. Foto Agensi

BEIJING - Dalam suasana kehidupan yang semakin tertekan, segelintir wanita muda di China kini sanggup membayar 50 yuan (RM33) untuk pelukan selama lima minit daripada lelaki yang dikenali sebagai ‘man mum’.

Fenomena ‘man mum’ pada asalnya merujuk kepada lelaki berbadan perkasa yang gemar ke gimnasium.

Iklan
Iklan

Namun, istilah itu kini digunakan untuk menggambarkan lelaki yang bukan sahaja tegap secara fizikal, malah memiliki sifat penyayang, sabar dan lemah lembut iaitu ciri-ciri yang dianggap keibuan.

Seorang pelajar universiti yang tertekan dengan tugasan tesis baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila meluahkan hasrat untuk membayar pelukan daripada ‘man mum’.

Iklan

"Saya pernah dipeluk sekali sewaktu sekolah menengah, dan waktu itu saya rasa sangat selamat. Kita hanya perlu peluk lima minit di stesen kereta bawah tanah,” tulisnya dalam satu hantaran.

Hantaran tersebut menjadi tular, menerima lebih 100,000 komen dan mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna platform digital.

Iklan

Carian kata kunci ‘man mum’ turut memperlihatkan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan pelukan berbayar, khususnya dalam kalangan wanita di bandar-bandar besar.

Wanita-wanita ini biasanya memilih ‘man mum’ berdasarkan adab, kesabaran, bentuk tubuh dan rupa paras.

Perbualan awal secara peribadi juga diadakan sebelum pertemuan berlangsung. Malah, wanita berbadan tinggi dan atletik juga tidak terkecuali daripada dipilih sebagai ‘man mum’.

Sesi pelukan ini lazimnya diadakan di kawasan awam seperti stesen kereta api bawah tanah atau pusat membeli-belah, dengan bayaran antara 20 hingga 50 yuan (RM13 hingga RM33).

Seorang wanita berkongsi pengalamannya selepas bekerja lebih masa selama tiga jam, lalu memutuskan untuk mendapatkan pelukan.

"Lelaki itu menepuk bahu saya dengan lembut ketika saya melepaskan tekanan tentang bos saya,” katanya.

Seorang lagi wanita dikenali sebagai Chen berkata, beliau berasa murung selepas gagal dalam program dietnya sebelum dipeluk oleh seorang pelajar sarjana dari universiti berhampiran.

Bagi sesetengah lelaki, menjadi ‘man mum’ membawa makna tersendiri. Seorang daripada mereka mengakui telah memberi tiga pelukan dan merasa dirinya lebih dihargai.

Seorang lagi lelaki, Zhou, yang aktif menawarkan perkhidmatan itu, berkata, kebanyakan pelanggannya mengalami tekanan kerja dan keresahan tentang penampilan diri.

Sehingga April lalu, Zhou telah memberikan 34 pelukan dan memperoleh pendapatan sebanyak 1,758 yuan (RM1,130).

Dia turut menjaga penampilan dengan memakai solekan, minyak wangi dan menggayakan rambut sebelum sesi berlangsung.

Bagaimanapun, Zhou menegaskan dia tidak bercadang menjadikan pelukan sebagai punca pendapatan utama.

Katanya, bayaran dikenakan adalah untuk mengekalkan sempadan emosi antara dia dan pelanggan. - Agensi