Pemandu e-hailing bekerja 15 jam sehari demi sara anak maut akibat strok

Iklan
Seorang pemandu e-hailing yang bekerja sehingga 15 jam sehari, meninggal dunia pada 29 Mei lalu akibat serangan strok.

SINGAPURA – Seorang pemandu e-hailing yang bekerja sehingga 15 jam sehari, meninggal dunia pada 29 Mei lalu akibat serangan strok.

Memetik laporan Mothership, mangsa, Gavin Neo, 49, disahkan meninggal dunia tiga hari selepas diserang strok secara tiba-tiba.

Iklan
Iklan

Sepanjang hayatnya, Neo dikenali sebagai seorang bapa yang berdedikasi dan sanggup berkorban demi masa depan dua orang anaknya, masing-masing berusia 17 dan 13 tahun.

Pemandu e-hailing yang juga rakan sepekerjaan, Bryan Ang berkata, Neo sering memulakan pemanduan dari tengah hari hingga larut malam, dan hanya berehat selepas menghantar anak-anaknya ke sekolah pada waktu pagi.

Iklan

"Dia tidak pernah mengeluh. Bila saya tanya kenapa masih berjimat makan walaupun bekerja keras, dia jawab, ‘Ini semua untuk anak-anak saya dan masa depan mereka’,” kata Ang menerusi satu hantaran di Facebook.

Ujarnya, Neo juga tidak merokok, tidak minum arak dan jarang berbelanja untuk dirinya sendiri, malah sering membantu serta memberi tunjuk ajar kepada pemandu baharu dalam industri e-hailing.

Iklan

"Dia seorang yang merendah diri dan tidak lokek berkongsi pengalaman,” ujar Ang.

Difahamkan, anak perempuan Neo kini berada di luar negara bersama ibunya dan belum pulang untuk menghadiri pengebumian.

Majlis pengebumian telah diadakan pada 31 Mei lalu.