Penganggur bunuh bakal isteri sedang hamil gara-gara dituduh curi wang

Iklan
Suspek dikenali sebagai SN dari Kampung Tri Darma Wira Jaya, Kecamatan Banjar Agung, Tulangbawang, Lampung di Indonesia didakwa melakukan pembunuhan terancang terhadap TS - Foto: Agensi

BANDAR LAMPUNG - Seorang penganggur tergamak membunuh kejam bakal isterinya yang sedang hamil dua bulan dalam kejadian menggemparkan pada akhir minggu lalu.

Pelaku dikenali sebagai SN, 18, dari Kampung Tri Darma Wira Jaya, Kecamatan Banjar Agung, Tulangbawang, Lampung di Indonesia didakwa melakukan pembunuhan terancang terhadap TS, 27.

Iklan
Iklan

"Jasad mangsa ditemui di kawasan kebun ubi kayu. SN mengakui perbuatannya dan mendakwa dia berang kerana dituduh mengambil wang TS berjumlah 80 juta rupiah (RM20,834)," ujar jurucakap polis di Mapolres Tulangbawang.

Difahamkan, pihak berkuasa masih menunggu keputusan autopsi dari Rumah Sakit Bhayangkara Polda Lampung.

Iklan

Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kelaran senjata tajam pada leher mangsa.

Barang berharga milik mangsa seperti telefon bimbit dan motosikal bagaimanapun tidak dilarikan pelaku.

Iklan

Jika disabit bersalah, SN boleh dihukum penjara seumur hidup atau tempoh maksimum sehingga 20 tahun. - Agensi