Marlishiraz Ramli dilantik CEO DNeX IT
Iklan
Marlishiraz Ramli
DAGANG NeXchange Berhad (DNeX) mengumumkan pelantikan Marlishiraz Ramli sebagai Ketua Pegawai Eksekutif DNeX IT berkuat kuasa 1 Jun 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Faizal Sham Abu Mansor berkata, Marlishiraz akan memimpin hala tuju strategik, prestasi dan inovasi merentasi semua segmen perniagaan IT dalam Kumpulan.
Iklan
Iklan
"Dengan mandat untuk memacu sinergi, inovasi, kecekapan operasi dan kecemerlangan teknologi, beliau akan menerajui agenda transformasi digital syarikat bagi memastikan strategi teknologi sejajar dengan pertumbuhan jangka panjang, daya saing serta aspirasi inovasi DNeX.
"Marlishiraz merupakan bakat luar biasa yang memiliki kepakaran dalam industri teknologi, rangkaian hubungan ekosistem digital dan e-perkhidmatan serta rekod pencapaian cemerlang di syarikat Microsoft dan Google,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Iklan
Marlishiraz memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Putra Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dari Universiti Multimedia.
Beliau memulakan kerjaya di Microsoft Malaysia pada 2012 menerajui inisiatif ICT sektor awam dan dianugerahkan prestasi cemerlang atas pencapaiannya.
Iklan
Sepanjang kerjayanya, Marlishiraz terlibat dalam teknologi awan hibrid, keselamatan siber, pemodenan rangkaian dan strategi IT untuk organisasi utama seperti Telekom Malaysia, Axiata, Petronas serta beberapa kementerian.
Tambah Faizal Sham, pengalaman wanita itu di Telekom dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) adalah apa yang diperlukan oleh syarikat berkenaan untuk membawa segmen perniagaan IT ke tahap lebih tinggi.
"Marlishiraz akan mengetuai strategi pasaran dan menyelia pelaksanaan projek serta operasi bagi semua segmen perniagaan IT DNeX termasuk Dagang Net Technologies Sdn Bhd, pengendali National Single Window bagi Pemudahan Perdagangan Malaysia.
"Beliau akan memimpin segmen baharu seperti Gamuda DNeX Cloud, usaha sama dengan Gamuda yang menyediakan perkhidmatan ‘Google Distributed Cloud’ berasaskan ‘air-gapped’ kepada sektor awam dan swasta di Malaysia,” ujarnya.
Faizal Sham berkata, Marlishiraz turut bekerjasama dengan rakan strategik tempatan dan antarabangsa seperti Gamuda, HAVELSAN dan Shanghai E&P International dalam meneruskan pertumbuhan teknologi di Malaysia serta pasaran antarabangsa.
"Beliau diiktiraf atas kepakaran mendalam dalam pengurusan pemegang taruh, strategi IT perusahaan serta pelaksanaan pelan transformasi digital peringkat kebangsaan.
"Pelantikan ini mengukuhkan komitmen DNeX dalam menerajui transformasi digital, memperkenalkan inovasi serta membuka nilai mampan dalam perniagaannya melalui kepimpinan berwawasan,” katanya.
Tambahnya, Marlishiraz juga pernah berkhidmat di Microsoft sebagai Pengarah Wilayah Asia dalam kumpulan Sektor Awam Sedunia, membangunkan strategi digital selamat dan berpusatkan rakyat bersama kerajaan dan ekosistem sektor awam di rantau ini.
"Sebagai Naib Presiden Eksekutif Digital Kumpulan di Prasarana, dia juga memimpin inisiatif utama seperti keselamatan siber, inovasi data raya dan pemodenan infrastruktur bagi menyokong mobiliti bandar masa depan,” jelasnya.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.