Noraini lepas jawatan dalam PAC

Iklan
Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong memberitahu keputusan itu dibuat susulan pelantikannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Iklan
Iklan

"Saya akan melepaskan jawatan selaku Pengerusi PAC," katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Namun katanya, beliau tidak menyatakan tarikh sebenar bila akan melepaskan jawatan itu.

Iklan

Noraini dilantik sebagai Pengerusi PAC pada 12 April tahun lalu sebagai memenuhi janji ke-16 buku manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Manifesto PH menetapkan jawatan itu perlu disandang pembangkang bagi tujuan semak dan imbang dalam kerajaan.

Iklan

Perikatan Nasional setakat ini belum mempunyai dasar berhubung penentuan individu yang akan mengisi jawatan Pengerusi PAC sama ada dari kerajaan atau pembangkang.