Sulaiman mulakan tugas pertama KM Melaka
Iklan
Sulaiman merakamkan kedatangannya ketika memulakan tugasnya sebagai Ketua Menteri Melaka di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh hari ini.
MELAKA TENGAH - Ketua Menteri Melaka ke-12 Datuk Sulaiman Md Ali memulakan tugas secara rasmi pagi ini.
Sulaiman tiba di pejabat di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh dengan menaiki kenderaan rasmi Ketua Menteri pada jam 8.25 pagi dan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan.
Iklan
Iklan
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu dibawa ke aras empat yang menempatkan Pejabat Ketua Menteri sebelum menghadiri mesyuarat pertama bersama beberapa agensi termasuk Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka.
Sulaiman dalam sidang akhbarnya semalam mahu isu bekalan air di Melaka menjadi teras utama dalam menyelesaikan masalah keperluan rakyat itu.
Iklan
Sulaiman berusia 55 tahun dilantik sebagai Ketua Menteri baharu dalam Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Mojd Khalil Yaakob di Kompleks Seri Negeri petang semalam.
Sulaiman sebelum ini pernah dilantik sebagai Timbalan Exco Perindustrian dan Perdagangan Negeri ketika pentadbiran bekas Ketua Menteri Melaka ke-10, Datuk Seri Idris Haron pada tahun 2013 hingga 2018.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB"><meta itemprop="description" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB
Portfolio enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang baru dilantik akan ditetapkan dalam tempoh terdekat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti kesesuaian portfolio setiap Exco, memandangkan jumlah Exco yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ketika ini hanya enam orang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806365/edisi/melaka-ns/portfolio-enam-exco-negeri-sembilan-ditetapkan-dalam-waktu-terdekat---mb
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #krisisN9 #MBN9 #IsmailLasim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T07:21:47.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P177S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0f4ay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0f4ay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0f4ay"></script>