PM umum pemberian Baucar Buku Madani kepada guru

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi tetamu dalam episod pertama program 'Telaah' anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi pada Majlis Perasmian Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 (PBAKL 2025) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian Baucar Buku Madani kepada golongan pendidik di seluruh negara pada tahun ini.

Anwar berkata, peluasan pemberian baucar itu merupakan usaha berterusan kerajaan untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Iklan
Iklan

"Tahun ini kita bagi baucar kepada semua guru-guru. Tahun depan kita lihat dulu keadaan ekonomi negara sebab kita sedang bertarung dengan tarif.

"Dalam masa sama, pemberian Baucar Buku Madani kepada pelajar universiti masih diteruskan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM)," ujarnya.

Iklan

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Ahad.

Anwar memberitahu, perlu ada garis panduan jelas mengenai pemberian baucar buku bagi mengelakkan pembelian naskhah yang tidak berkualiti.

Iklan

"Harus ada garis panduan. Buku yang diberi, tidak semua buku berkualiti dan menggalakkan ilmu," ujarnya.