Polis buru tiga individu bantu kes pergaduhan di Kota Bharu

Iklan
Gambar dari kiri: Weng Kok Choo, Saravanan Kumar Sekar, Kumaresan Subramaniam. Foto PDRM

KOTA BHARU - Tiga individu diburu polis bagi membantu siasatan berkaitan kes pergaduhan di Jalan Kebun Sultan, di sini yang berlaku pada 23 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mereka yang terlibat dikenali sebagai Weng Kok Choo, 58, yang beralamat di Jalan Kebun Sultan.

Iklan
Iklan

"Dua lagi individu, Saravanan Kumar Sekar dan Kumaresan Subramaniam berusia 34 tahun yang masing-masing beralamat di Sungai Pelek, Selangor," katanya ketika dihubungi pemberita pada Ahad.

Menurut beliau, kesemua mereka diperlukan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu ini diminta tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu atau balai berhampiran dan menghubungi talian 012-5691204.