Jemaah haji Malaysia kelima meninggal dunia akibat serangan jantung

Iklan
Misnan Ahmad, 60, berasal dari Johor, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.50 pagi di Hospital King Abdulaziz, Makkah akibat serangan jantung.

MAKKAH – Seorang lagi jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci pagi Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan jemaah haji yang terkorban setakat ini seramai lima orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, mangsa dikenali sebagai Misnan Ahmad, 60, berasal dari Johor, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.50 pagi di Hospital King Abdulaziz, Makkah akibat serangan jantung.

Iklan
Iklan

"Allahyarham adalah jemaah daripada penerbangan KT 46 dan menginap di Maktab 90B, Bangunan Diary AlSaad. Ketika kejadian, beliau sedang menerima rawatan di hospital,” katanya kepada media di Abraj Al Janadriyah, di sini.

Menurut Dr Mohd Na’im, Lembaga Tabung Haji (TH) telah memaklumkan perkara tersebut kepada waris Allahyarham yang juga isterinya, Hawa Safar, yang turut berada di Tanah Suci.

Iklan

"Segala urusan berkaitan jenazah termasuk pengkebumian dan pelaksanaan badal haji akan diuruskan sepenuhnya oleh Tabung Haji,” katanya.

Sebelum ini, empat jemaah haji Malaysia turut dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci akibat serangan jantung sejak ketibaan kumpulan awal jemaah haji ke Makkah.

Iklan