Remaja maut dibaham buaya ketika ambil bola terjatuh dalam sungai

Iklan
Muhammad Syahputra Almanda (gambar kanan) maut selepas diserang seekor buaya ketika cuba mengambil bola yang terjatuh ke dalam sungai. Foto Daily Mail

JAMBI - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Indonesia maut selepas dipercayai diserang seekor buaya di hadapan rakan-rakannya ketika cuba mengambil bola yang terjatuh ke dalam sungai.

Kejadian mengerikan itu berlaku pada Sabtu lalu ketika mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Syahputra Almanda sedang bermain bersama rakan-rakannya di sebuah padang berhampiran kampung mereka di Jambi.

Berdasarkan laporan Daily Mail, bola berkenaan terjatuh sehingga ke sungai sebelum dia berlari untuk mengambilnya sebelum disambar buaya besar sepanjang lebih empat meter.

Iklan
Iklan

"Dia meminta rakannya untuk membaling bola ke dalam air dan selepas bola dibaling, dia terjun masuk tetapi tidak timbul semula," kata polis.

"Beberapa ketika kemudian, saksi melihat dia berada di dalam rahang buaya."

Iklan

Penduduk tempatan kedengaran menjerit dalam rakaman kejadian tersebut apabila remaja lelaki itu ditarik ke dalam air oleh buaya berkenaan.

Penduduk kampung yang panik segera memaklumkan kepada pihak berkuasa yang tiba di lokasi dan mendapati pemangsa itu masih memegang tubuh mangsa sebelum menghilangkan diri ke dalam air.

Iklan

Pasukan penyelamat menjalankan pencarian di sungai menggunakan bot dan kemudiannya menemui mayat remaja sekolah berkenaan dalam keadaan tertiarap di dalam air pada jam 9.05 malam waktu tempatan.