Farhash Wafa Salvador letak jawatan Pengerusi 7-Eleven Malaysia

Iklan
Farhash Wafa Salvador

PENGENDALI rantaian kedai serbaneka, 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd telah mengumumkan peletakan jawatan pengerusinya, Datuk Farhash Wafa Salvador, berkuatkuasa pada 30 Mei 2025.

Syarikat tersebut melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata Farhash, yang dilantik sebagai pengerusi pada 3 Januari 2023 meletak jawatan untuk meneruskan kepentingan dalam perniagaan lain.

Iklan
Iklan

Farhash juga merupakan pengerusi Key Alliance Group Bhd, kedudukan yang dipegang sejak 28 Januari 2025. - Bernama

Iklan
Iklan