Menteri pelampau Israel gesa 'serang Gaza habis-habisan'

Iklan
Menteri Keselamatan Negara Israel merangkap ahli politik pelampau kanan, Itamar Ben-Gvir (tengah) dikawal polis ketika berjalan di Kota Lama Baitulmaqdis sempena perarakan bendera Hari Baitulmaqdis. -AFP

BAITULMAQDIS – Menteri Keselamatan Negara Israel yang berhaluan pelampau kanan, Itamar Ben Gvir pada Jumaat mendesak agar tentera Israel melancarkan serangan penuh ke atas Gaza selepas Hamas menolak cadangan gencatan senjata yang disokong Amerika Syarikat.

"Perdana Menteri, selepas Hamas menolak cadangan itu sekali lagi maka tiada lagi alasan.

Iklan
Iklan

"Segala kekeliruan, penangguhan dan kelemahan mesti dihentikan. Kita telah melepaskan terlalu banyak peluang. Kini masanya untuk masuk dengan kekuatan penuh, tanpa gentar untuk memusnahkan dan membunuh Hamas hingga ke individu terakhir," katanya dalam satu kenyataan di saluran Telegram miliknya.

White House pada Khamis memaklumkan bahawa Presiden Donald Trump dan utusannya, Steve Witkoff telah menghantar cadangan gencatan senjata baharu kepada Hamas, yang menurut mereka telah mendapat sokongan Israel.

Iklan

Jurucakap Presiden, Karoline Leavitt berkata Israel telah meluluskan cadangan itu sebelum ia dihantar kepada Hamas, namun perbincangan masih diteruskan.

Israel setakat ini belum mengesahkan perkara tersebut secara rasmi.

Iklan

Sumber Hamas sebelum ini mendakwa mereka telah bersetuju dengan satu draf cadangan AS, tetapi anggota biro politik Hamas, Bassem Naim berkata versi terbaharu itu membawa maksud"pembunuhan dan kebuluran yang berterusan... dan tidak memenuhi sebarang tuntutan rakyat Palestin, khususnya penghentian perang.”

"Bagaimanapun, pimpinan pergerakan sedang mengkaji cadangan tersebut dengan penuh tanggungjawab nasional,” tambahnya.

Sumber dekat rundingan itu memberitahu bahawa cadangan baharu melibatkan gencatan senjata selama 60 hari, dengan kemungkinan dilanjutkan ke 70 hari.

Ia turut merangkumi pembebasan lima tebusan hidup dan sembilan mayat sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin pada minggu pertama.

Pertukaran kedua melibatkan jumlah tebusan dan jenazah yang sama dijangka berlaku pada minggu kedua.

Menurut sumber sama, Hamas sebelum ini telah bersetuju untuk dua pusingan pertukaran dengan terma serupa, satu pada minggu pertama dan satu lagi pada minggu terakhir tempoh gencatan senjata. - AFP