Promosi video lucah, penganggur didenda RM3,000

Iklan
Seorang penganggur didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menjual dan mempromosikan video lucah melalui aplikasi Telegram. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menjual dan mempromosikan video lucah melalui aplikasi Telegram.

Tertuduh, Muhammad Ammar Azaruddin, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa menjual dan memberikan pautan kepada video lucah menerusi Telegram yang kemudian dikesan di Pejabat Bahagian D7, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada jam 9.15 malam, 9 April lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Iklan

Berdasarkan fakta kes, seorang pegawai polis membuka satu laman sesawang yang membawa kepada akaun Telegram milik tertuduh.

Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kandungan lucah ditawarkan dengan bayaran tertentu dan tertuduh turut menjalankan promosi untuk menarik orang ramai memuat turun rakaman berkenaan.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, Hench Goh, memohon hukuman setimpal kerana tindakan tertuduh mengaut keuntungan daripada perbuatan tidak bermoral itu.

"Mahkamah perlu menjadikan kes ini sebagai pengajaran kerana denda sahaja tidak mencukupi,” katanya.

Bagaimanapun, peguam Siti Sumaiyyah Ahmad Jaafar daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu hukuman ringan dengan alasan anak guamnya telah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan sama.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan denda RM3,000 dan memerintahkan tertuduh membayar serta-merta atau berdepan hukuman penjara.