Lelaki warga Pakistan maut digilis treler
Iklan
Seorang lelaki warga Pakistan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan treler di Kilometer 55, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, awal pagi Khamis. - Foto: IPD Kluang
KLUANG – Seorang lelaki warga Pakistan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan treler di Kilometer 55, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, awal pagi Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.05 tengah malam itu, mangsa, Sajjad Ali, 30, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika kedua-dua kenderaan dari arah Simpang Renggam menghala ke Johor Bahru.
"Siasatan awal mendapati treler jenis Renault yang dipandu lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai melanggar bahagian belakang motosikal mangsa di lorong kiri jalan.
Iklan
"Akibat pelanggaran tersebut, mangsa terjatuh dan digilis sebelum diseret sejauh kira-kira 100 meter,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurut beliau, pemandu treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah ditahan bagi membantu siasatan.
Iklan
"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati pemandu terbabit negatif dadah. Permohonan reman akan dibuat untuk siasatan lanjut,” katanya.
Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dua pengarah syarikat perabot didakwa gagal bayar cukai jualan lebih RM320,000"><meta itemprop="description" content="Dua pengarah syarikat perabot didakwa gagal bayar cukai jualan lebih RM320,000
Sebuah syarikat membuat dan menjual perabot serta dua ahli lembaga pengarahnya dihadapkan ke mahkamah atas 58 pertuduhan gagal membayar cukai jualan membabitkan jumlah keseluruhan RM320,337.84.
Syarikat tersebut, Seng Cushion Sdn Bhd bersama dua pengarahnya, Ng Eng Chen, 64 dan Lim Paik Eng, 62 didakwa gagal membayar cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar bagi tempoh bercukai antara tahun 2019 hingga 2024.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769501/berita/semasa/dua-pengarah-syarikat-perabot-didakwa-gagal-bayar-cukai-jualan-lebih-rm320000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #cukai"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-26T03:06:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a7Oei1fdxZEJV8VOA/x120"><meta itemprop="duration" content="P94S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xa0qvjg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xa0qvjg"></script>