Bagaimana nak suka pasangan sedangkan haram bercinta sebelum kahwin?

Iklan
DIBOLEHKAN untuk jatuh cinta kepada perempuan yang akan dijadikan pasangan yang halal. Foto Canva

MASIH ramai dalam kalangan umat Islam yang keliru berkenaan perihal bercinta sebelum berkahwin, apakah Islam tidak membenarkannya?

Jika diharamkan bercinta, bagaimana pula kita nak dapatkan rasa suka pasangan tersebut?

Iklan
Iklan

Menjawab persoalan tersebut, pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, dalam ajaran Islam, jatuh cinta pada pasangan yang akan dijadikan isteri atau suami adalah tidak dilarang.

"Couple dilarang, namun bercinta tidak dilarang. Bila bercinta, ia bermakna kita hendak kahwin dengannya,” jelasnya dalam rakaman di YouTube baru-baru ini.

Iklan

USTAZ AZHAR

Menurutnya, sebagai contoh, seseorang itu melihat wanita dan dia berkenan dengannya.

Iklan

"Selepas berkenan, akan datang suka dan selepas sebulan, biasanya akan datang perasaan suka.

Jelas pendakwah itu, apa yang haram ialah apabila dah ada rasa cinta dan sayang, diajaknya berdua-duaan.

"Itu haram kerana Nabi bersabda, tidak boleh berdua-duaan dengan perempuan melainkan ada mahram (sebagai peneman).

DIBOLEHKAN untuk bercinta namun ditegah daripada berdua-duaan. Foto Canva

"Nak jumpa kekasih di hadapan kedai ikan, hukumnya harus. Ini tak, jumpa dalam kereta yang gelap. Biasanya buat apa jika berdua-duaan dalam kereta yang jauh daripada orang?” soalnya.

Ustaz Azhar menambah, itulah sikap orang lelaki yang dijadikan untuk suka kepada wanita seperti firman ALLAH SWT dalam ayat ke-14 surah Ali Imran:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan.”

ISLAM melarang pasangan berdua-duaan tanpa ikatan yang sah melainkan bersama mahram. Foto Canva

"Jadi silakan (untuk bercinta) dan tidak mengapa jatuh cinta. Tapi kena ingat kamu hanya boleh jatuh cinta kepada perempuan yang kamu hendak jadikan dia pasangan yang halal.