Kes kematian bayi: Polis rakam keterangan pengasuh, pemilik taska

Iklan
Syahrul Anuar

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam keterangan pemilik taska dan pengasuh bagi membantu siasatan berkaitan kematian seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan di premis itu di Taman Danau Kota di sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, polis turut merakam keterangan ibu bapa bayi berkenaan serta pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

"Siasatan kes tersebut sedang dijalankan oleh Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

"Setakat ini tiada tangkapan dibuat pihak polis berhubung kes terbabit, kita sedang menyiasat dalam semua aspek termasuk berkait unsur kecuaian," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sini pada Khamis.

Iklan

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, taska berkenaan diarahkan menghentikan operasi sehingga siasatan selesai dijalankan.

"Buat masa ini kerana berlaku kes kematian, taska itu diarahkan untuk memberhentikan operasi sehingga siasatan selesai dijalankan," katanya

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan polis mengesahkan kematian bayi itu dipercayai akibat tercekik makanan dan susu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.