KOTA BHARU - Polis Kelantan kini giat mengenal pasti semua suspek dalam insiden pergaduhan di Jalan Kebun Sultan di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata kes itu dikesan selepas video pergaduhan sekumpulan lelaki dimuat naik di laman sosial Facebook pada kira-kira 1.40 tengah hari pada Rabu.