Seorang polis maut, lima cedera dalam insiden berbalas tembakan di balai polis Narathiwat

Iklan
Seorang pegawai polis terkena tembakan dan meninggal dunia di tempat kejadian

NARATHIWAT - Seorang anggota polis maut manakala lima lagi cedera diserang sekumpulan lelaki bersenjata di Balai Polis Chanae di sini, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Chanae, Kolonel Polis Wirasak Pesaena berkata dalam kejadian kira-kira 8.40 pagi (waktu tempatan), anggota polis dan sukarelawan pertahanan sedang menjalani latihan di pintu masuk balai polis itu.

Iklan
Iklan

"Sekumpulan lelaki bersenjatakan senapang termasuk raifal AK-47 melepaskan tembakan ke arah anggota polis dan sukarelawan pertahanan.

"Insiden berbalas tembakan berlarutan hampir 15 minit sebelum suspek melarikan diri,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian pada Rabu.

Iklan

Wirasak berkata seorang pegawai polis terkena tembakan dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima lagi anggota polis dan sukarelawan pertahanan cedera.

"Mereka digegaskan ke Hospital Prince of Songkhla University untuk menerima rawatan,” katanya.

Iklan

Wirasak berkata polis menemukan kira-kira 30 kelongsong peluru di tempat kejadian.

"Pihak polis masih menyiasat motif serangan dan individu yang terlibat,” katanya. - Bernama