Cuba nasib sorok celah kotak dalam gelap

Iklan
JIM Selangor menyerbu dua buah gudang di Alam Megah, Shah Alam, menerusi Op Sasar, pada Rabu.

SHAH ALAM - Taktik lapuk pekerja asing menyorok hampir satu jam di timbunan susunan kotak barangan bagi mengelak dicekup penguat kuasa hanya sia-sia.

Itu antara situasi yang berlaku semasa Op Sasar dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor di dua gudang pembungkusan barangan asas di Seksyen 27, Alam Megah di sini pada Rabu.

Iklan
Iklan

Sinar Harian yang berpeluang mengikuti operasi itu mendapati ketika serbuan, dua warga Myanmar termasuk wanita ditemui di tingkat dua premis yang gelap serta dipercayai merupakan stor barangan.

JIM Selangor menyerbu dua buah gudang di Alam Megah, Shah Alam, menerusi Op Sasar, pada Rabu.

Bukan itu sahaja, pasukan operasi juga menggagalkan cubaan seorang pekerja asing memanjat tembok di belakang premis untuk melarikan diri.

Iklan

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, Op Sasar bermula jam 10 pagi ini bertindak memeriksa 180 individu membabitkan dua gudang.

"Hasil pemeriksaan kita telah tahan 83 warga asing termasuk lima wanita berusia 22 hingga 50 tahun disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI).

Iklan

"Penahanan menbabitkan 68 warga Myanmar, Bangladesh (10 orang) serta tiga Pakistan," katanya kepada pemberita selepas operasi di Pejabat Imigresen Selangor di sini pada Rabu.