Netanyahu tayang 'projek rahsia' Masjid al-Aqsa

Iklan
Klip itu dikeluarkan pada hari memperingati pendudukan Baitulmaqdis.

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sekali lagi mengundang kemarahan komuniti Muslim selepas pemimpin 'ekstremis' itu berkongsi video menampilkan dirinya melalui terowong bawah tanah di pekarangan Masjid al-Aqsa (Haram al-Sharif) di Baitulmaqdis pada Isnin.

Laluan tersebut adalah sebahagian daripada projek rahsia 'City of David' yang merentasi kawasan kejiranan Palestin di Silwan hingga ke bahagian bawah masjid ketiga paling suci orang Islam itu.

Iklan
Iklan

Pelan kontroversi itu dikecam banyak pihak kerana didakwa sebagai cubaan jahat Tel Aviv untuk mengubah identiti Kota Lama tersebut dengan mempolitikkan arkeologi dan memperluaskan kawasan penempatan haram pendatang Yahudi.

Masa dan lokasi kemunculan Netanyahu dilihat sebagai provokasi yang disengajakan kerana klip itu dikongsikan pada hari memperingati Baitulmaqdis diduduki Israel pada 1967.

Iklan

Pemimpin tersebut turut mengadakan mesyuarat Kabinet di Silwan di mana beliau mengumumkan rancangan untuk 'menguasai' Baitulmaqdis.

Menteri Keselamatan, Itamar Ben-Gvir juga mengetuai kempen pencerobohan terbaharu di Haram al-Sharif dan sewenang-wenangnya mengumumkan penganut Yahudi kini boleh melakukan upacara keagamaan di sana, sekali gus melanggar larangan yang berkuat kuasa sejak sekian lama.

Iklan

Lebih 2,090 pelampau Yahudi mencemari kesucian al-Aqsa selepas mereka berarak di laluan utama Kota Lama sambil melaungkan slogan menyasarkan penduduk Palestin. - Agensi

Info:

>Aktivis mendakwa Israel merancang untuk mengubah demografi dan identiti keagamaan di Baitulmaqdis.

>Kerja penggalian di bawah al-Aqsa telah sekian lama dikecam banyak pihak kerana berisiko menjejaskan integriti struktur masjid itu dan mencetuskan bantahan yang meluas.