IOIPG terima sijil GBI, sumbang binaan lebih lestari

Iklan
IOI City Towers 1 & 2 yang terdiri daripada 968,000 kaki telah menaik taraf GBI kepada perak, menandakan usaha IOI Properties Group terhadap persekitaran binaan yang lebih hijau. Gambar kecil: Chris

IOI Properties Group Berhad (IOIPG) menerima pensijilan berprestij Indeks Bangunan Hijau (GBI) bagi beberapa pembangunan utama miliknya termasuk IOI City Tower 2 dan IOI Resort City, Putrajaya.

Ketua Pegawai Operasi Pelaburan Hartanahnya, Chris Chong berkata, IOI City Towers 1 dan 2 memiliki Net Lettable Area (NLA) seluas 968,000 kaki persegi telah menerima penarafan perak, manakala IOI City Mall Fasa 2 dengan keluasan satu juta kaki persegi NLA dan hotel 480 bilik Moxy Putrajaya masing-masing berjaya meraih penarafan di bawah kategori Non-Residential New Construction (NRNC).

Iklan
Iklan

Menurutnya,pengiktirafan itu mencerminkan usaha IOIPG terhadap integrasi ciri-ciri mesra alam dan amalan lestari dalam pembangunan hartanah komersial serta hospitaliti.

"Ini menunjukkan usaha berterusan syarikat dalam memperluas portfolio pembangunan hijau,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Mengulas lanjut, menurut Chris, mereka turut menerima penarafan GBI di bawah kategori NRNC untuk 480 bilik di Moxy Putrajaya.

Tambah beliau, sumbangan IOIPG kepada pembangunan komersial berskala besar yang lestari di Malaysia amat ketara menerusi pembinaan bangunan IOI City Mall.

Iklan

Beliau berkata, fasa satu dilancarkan pada 2014 dengan 1.5 juta kaki persegi NLA dan kemudiannya diubah suai bagi memenuhi piawaian GBI kategori Non-Residential Existing Building (NREB).

"Pengiktirafan itu menunjukkan usaha syarikat dalam memacu persekitaran binaan yang lebih hijau.

"Dedikasi IOIPG dalam mewujudkan ruang lebih sihat dan efisien sejajar dengan aspirasi Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon,” ujarnya.