Hon Jian-Haikal tersingkir awal di Terbuka Singapura

Iklan
Cabaran Hon Jian (kiri) dan Haikal di Terbuka Singapura terhenti di pusingan pertama pada Rabu. Foto Badminton Association of Malaysia

HASRAT beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Haikal Nazri untuk melangkah lebih jauh dalam Kejohanan Badminton Terbuka Singapura tidak kesampaian apabila tewas pada pusingan pertama pada Rabu.

Cabaran Hon Jian-Haikal berakhir di Stadium Tertutup Singapura selepas tunduk kepada beregu berpengalaman dari India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy.

Iklan
Iklan

Pasangan Malaysia yang berada di ranking ke-41 dunia itu memberikan tentangan sengit sebelum tewas 16-21, 13-21 dalam masa 37 minit kepada gandingan pilihan dari India yang berada di ranking ke-2 dunia.

Dalam saingan Malaysia Masters sebelum ini, Hon Jian-Haikal juga gagal mara apabila tersingkir di pusingan kedua selepas tewas kepada bekas juara dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dengan keputusan 14-21, 13-21.

Iklan
Iklan

Kejohanan Super 750 di Singapura ini merupakan kejohanan keempat buat gandingan muda negara itu tahun ini, selepas Haikal terlepas beberapa kejohanan awal musim berikutan kecederaan.