Penduduk Gaza terpaksa berebut-rebut demi kotak makanan

Iklan
Beberapa pemuda Palestin yang berjaya mendapatkan kotak makanan untuk dibawa pulang kepada keluarga masing-masing.

KHAN YUNIS - Ribuan penduduk Palestin nekad menyerbu pusat bantuan yang disokong Amerika Syarikat (AS) dan sekutu kuatnya, Israel sehari selepas ia mula beroperasi di bandar selatan Rafah di Genting Gaza.

Rakaman video yang menjadi tular di media sosial menunjukkan keadaan agak huru-hara di Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) kerana pengagihan bantuan yang perlahan kerana terlalu mengikut sistem birokrasi ditetapkan Israel.

Iklan
Iklan

Tentera Israel turut melepaskan tembakan amaran hingga menyebabkan sebahagian daripada mereka lari bertempiaran sambil membawa kotak bantuan makanan.

Agensi bantuan antarabangsa sedia ada di wilayah itu menzahirkan rasa kurang senang dengan penglibatan GHF untuk agihan bekalan setelah sekatan ketat ditarik balik oleh rejim Tel Aviv pada minggu lalu.

Iklan

Mereka mendakwa GHF yang menggunakan kontraktor keselamatan bersenjata Amerika cuba memintas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang merupakan pembekal utama bantuan di Gaza.

Sebelum ini, agensi antarabangsa enggan bekerjasama dengan pelan GHF kerana didakwa bertentangan dengan prinsip kemanusiaan kerana 'mempolitikkan bantuan'.

Iklan

Israel pula memberi alasan 'sistem menyusahkan' dikenakan mereka kononnya bagi menghalang bantuan tersebut jatuh ke tangan Hamas.

Sehingga Isnin, GHF memaklumkan ia telah mengagihkan kira-kira 8,000 kotak makanan mengandungi beras, tepung, makanan dalam tin, pasta, minyak zaitun, biskut dan gula. - AFP