Tukang urut Thai diarah bayar pampasan 1,000 euro selepas tawar 'servis khas' tanpa persetujuan

Iklan
Papan tanda pada pintu kedai yang tertulis dalam bahasa Jerman iaitu 'Tiada perkhidmatan erotik, hanya perkhidmatan perubatan' di premis berkenaan.

BERLIN – Seorang tukang urut wanita warga Thailand diarah membayar pampasan sebanyak 1,000 euro (RM4,630) kepada seorang pelanggannya selepas didapati memberikan 'servis khas' tanpa persetujuan mangsa.

Pengadu yang juga seorang jurutera perisian dikenali sebagai Ben, 26, membuat laporan polis berhubung kejadian itu selepas mengurut di sebuah premis di Osloer Straße, Jerman.

Iklan
Iklan

Ben memberitahu media tempatan bahawa dia menempah urutan belakang badan melalui telefon sebelum datang ke premis itu sendirian.

Menurutnya, dia berasa yakin dengan premis berkenaan kerana terdapat papan tanda yang menyatakan tiada perkhidmatan 'happy ending' disediakan.

Iklan

Laporan media turut memaparkan gambar papan tanda pada pintu kedai yang tertulis dalam bahasa Jerman 'Tiada perkhidmatan erotik, hanya perkhidmatan perubatan'.

Pada prosiding mahkamah, tukang urut dikenali sebagai Sukanya, 53, memaklumkan bahawa dia menyangka pelanggan tersebut mahukan urutan berunsur erotik.

Iklan

Dia turut mengemukakan maaf secara bersemuka kepada Ben dan kedua-dua pihak mencapai persetujuan penyelesaian.

Mahkamah kemudian memerintahkan Sukanya membayar pampasan 1,000 euro dalam tempoh enam bulan.

Di media sosial Thailand, netizen mengkritik tindakan wanita itu, dengan ada yang menyatakan kes tersebut menjejaskan imej negara serta industri urutan Thai.

Sebahagian lain pula berpendapat kejadian seumpama itu boleh menjejaskan reputasi tukang urut yang menyediakan perkhidmatan urutan perubatan secara profesional.