Zaliza dilantik Datuk Bandar Kuantan baharu

Iklan
Wan Rosdy menyerahkan surat penempatan dan lantikan sebagai Datuk Bandar Kuantan baharu kepada Zaliza dalam satu majlis di sini. Foto Facebook Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Zaliza Zulkipli dilantik sebagai Datuk Bandar Kuantan yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Razihan Adzharuddin yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah Tanah dan Galian Pahang.

Iklan
Iklan

Pelantikan tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, pada Rabu.

Dalam hantaran itu, Wan Rosdy turut mengumumkan pelantikan Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman sebagai Pengarah JAIP yang baharu.

Iklan

Turut diumumkan, Datuk Aida Munira Abdul Rafar dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK), manakala Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Sharuddin Jali dilantik sebagai Pegawai Daerah Kuantan yang baharu.

Jawatan Pegawai Daerah Jerantut pula diisi oleh Sulaiman Husin, manakala Rizal Mustafa dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

Iklan

Menerusi hantaran itu juga, Wan Rosdy mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang terlibat dalam penyerahan surat penempatan dan lantikan ketua jabatan pentadbiran baharu di bawah Setiausaha Kerajaan Pahang.

"Semoga dengan pelantikan ini, pentadbiran kerajaan negeri terus lancar dan cekap demi kesejahteraan rakyat. Insya-Allah.

"Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan,” ujarnya.