‘Otai’ permotoran Cik Din YP meninggal dunia
Iklan
Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Cik Din YP meninggal dunia pada pagi Selasa.
KUALA LUMPUR - ‘Otai’ permotoran, Kamarudin Wahid, 80, atau lebih dikenali sebagai Cik Din YP meninggal dunia di kediamannya di Kampung Pasir Baru di sini, pada 6 pagi, Selasa.
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak dan menghidap angin ahmar di bahagian kiri badan sejak lebih dua bulan lalu selepas terjatuh di belakang rumahnya seminggu sebelum Aidilfitri lalu.
Iklan
Iklan
Menurut seorang pengguna Facebook yang juga rakannya, Azhanyzam Zakaria, jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Jalil, Jalan Puchong.
"Dukacita dimaklumkan bahawa Cik Din YP telah kembali ke rahmatullah pagi tadi (Selasa). Semoga roh arwah dicucuri rahmat ALLAH SWT dan ditempatkan bersama ahli syurga dan para solihin.
Iklan
"Terima kasih kepada semua yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah,” tulisnya.
Sementara itu, dalam hantaran berbeza, Azhanyzam memaklumkan bahawa Allahyarham sepatutnya hadir ke acara permotoran RXZ Fighter yang akan diadakan di Kuantan, Pahang, namun hajat tersebut tidak kesampaian.
Iklan
"Arwah memang seronok apabila penganjur RXZ Fighter jemput beliau. Terima kasih RXZ Fighter kerana menghargai arwah Cik Din YP,” katanya lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dua pengarah syarikat perabot didakwa gagal bayar cukai jualan lebih RM320,000"><meta itemprop="description" content="Dua pengarah syarikat perabot didakwa gagal bayar cukai jualan lebih RM320,000
Sebuah syarikat membuat dan menjual perabot serta dua ahli lembaga pengarahnya dihadapkan ke mahkamah atas 58 pertuduhan gagal membayar cukai jualan membabitkan jumlah keseluruhan RM320,337.84.
Syarikat tersebut, Seng Cushion Sdn Bhd bersama dua pengarahnya, Ng Eng Chen, 64 dan Lim Paik Eng, 62 didakwa gagal membayar cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar bagi tempoh bercukai antara tahun 2019 hingga 2024.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769501/berita/semasa/dua-pengarah-syarikat-perabot-didakwa-gagal-bayar-cukai-jualan-lebih-rm320000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #cukai"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-26T03:06:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a7Oei1fdxZEJV8VOA/x120"><meta itemprop="duration" content="P94S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xa0qvjg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xa0qvjg"></script>