Peniaga jual tom yam udang RM30 di PCB kena kompaun
Iklan
Peniaga wanita (kanan) yang disiasat KPDNHEP sebelum dikenakan kompaun kerana gagal pamer tanda harga terhadap tomyam udang yang dijual dengan harga RM30. Senarai harga makanan dikenakan berjumlah RM91 termasuk tomyam udang RM30 yang dikenakan kepada pelanggan yang makan di kedai makan di PCB.
KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenakan kompaun terhadap seorang tauke kedai makan di Pantai Cahaya Bulan (PCB) selepas didapati gagal mempamerkan tanda harga tomyam udang di kedainya.
Wanita berusia 50-an itu dikenakan tindakan dalam operasi pada jam 5 petang semalam kerana mengenakan harga RM30 untuk tomyam udang kepada pelanggannya.
Iklan
Iklan
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Azanizam Affendi Juri berkata, KPDNHEP menerima aduan daripada netizen di media sosial berhubung sebuah kedai makan di PCB yang mengenakan harga makanan berjumlah RM91 termasuk tomyam udang kepada dua pelanggan.
"Peniaga tersebut turut memberi alasan saiz makanan laut itu yang agak besar. Bagaimanapun, peniaga berkenaan melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.
Iklan
Beliau berkata, peniaga itu mengaku melakukan kesalahan tersebut dan menjelaskan kompaun.
Katanya, operasi diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa Kanan, Nizam Salleh bersama tiga pegawai.
Iklan
Azanizam turut menasihatkan peniaga sentiasa mempamerkan tanda harga supaya tidak mengelirukan pengguna.
Semalam, tular di Facebook selepas pelanggan kedai itu memuat naik senarai harga makanan yang didakwa mahal dan tidak munasabah.
Senarai harga yang dimuat naik di media sosial mendapat reaksi netizen antaranya bersetuju mengatakan ada peniaga di lokasi PCB yang mengenakan harga makanan mahal kepada pelanggan.
Catatan tertera tomyam udang 2 - RM30; sotong kunyit 2 - RM30; K I M (kailan ikan masin 1 - RM5; N P Nasi Putih 3 - RM6; Minuman - RM14 dan tidak pasti menu RM6.
Kes berkenaan bukan pertama kali berlaku di PCB malah lokasi tersebut dikenali sebagai harga makanan agak mahal.
Tambah beliau, pemeriksaan KPDNHEP bagaimanapun mendapati hanya kedai makan tertentu di PCB yang gagal mempamerkan tanda harga.
"Kita bekerjasama dengan kerajaan negeri melaksanakan Op Indah sempena Tahun Melawat Malaysia bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang dan melindungi hak pengguna.
"Empat lokasi tumpuan pelancong yang menjadi fokus kami termasuk PCB, Pengkalan Kubor Tumpat, Kampung Kraf Tangan Kota Bharu dan Gunung Stong Dabong, Kuala Krai.
"Saya mohon semua peniaga patuhi arahan pihak berkuasa kerana tidak mahu perkara sebegini menjejaskan pelancongan di negeri ini,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung"><meta itemprop="description" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HariKebangsaan #Perarakan #Jentolak #PasirMas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-31T06:48:40.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P131S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2njc6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2njc6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2njc6"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000"><meta itemprop="description" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000
Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Arkib #Akhbar #Sejarah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-30T10:09:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2d7na"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2d7na"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2d7na"></script>