25,331 jemaah haji Malaysia sudah tiba di Tanah Suci

Iklan
Mohd Hisham bercakap kepada pemberita ketika sidang media selepas meninjau persiapan khemah jemaah haji di Arafah dan Mina, Makkah.

MAKKAH – Seramai 25,331 jemaah haji sudah berada di Tanah Suci melibatkan 25,281 jemaah di Makkah manakala selebihnya di Madinah.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, jumlah itu meliputi 80 peratus daripada 31,600 kuota rasmi diterima Malaysia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setakat ini operasi haji 1446H/2025M telah pun berjalan dengan baik dan lancar.

"Ada 16 penerbangan lagi yang akan sampai ke Jeddah iaitu lima daripada Malaysia Airlines dan 11 daripada Saudi Airlines.

Iklan

"Bagi menjamin manasik haji dilaksanakan dengan sempurna, TH akan memberi bimbingan, perlindungan kesihatan, logistik dan kebajikan secara menyeluruh kepada semua jemaah haji,” katanya.

Sebelum itu, beliau memaklumkan 57 jemaah masih mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Tabung Haji manakala lima lagi ditempatkan di hospital Arab Saudi.

Iklan

Menurut beliau, kebanyakan jemaah menerima rawatan bagi penyakit berkaitan dengan saluran pernafasan dan perut.

"Kami meminta semua jemaah haji untuk menjaga kesihatan diri, minum air yang banyak dan jangan terlalu terdedah pada cuaca panas.

"Sekiranya ada apa-apa masalah, rujuk segera dengan petugas haji di maktab untuk bantuan yang diperlukan,” katanya.