Taktik seludup besi sekerap guna 12 kontena terbongkar

Iklan
Kesemua besi sekerap berkenaan dianggarkan bernilai RM1.64 juta termasuk cukai telah diikrarkan.

PELABUHAN KLANG - Penahanan 12 buah kontena yang diikrarkan sebagai komponen kenderaan terpakai membongkarkan kegiatan menyeludup masuk 272.6 tan besi sekerap menerusi pemeriksaan di Zon Bebas Pelabuhan Barat di sini, April lalu.

Kesemua besi sekerap berkenaan dianggarkan bernilai RM1.64 juta termasuk cukai telah diikrarkan dipercayai diimport daripada beberapa buah negara benua Amerika, Eropah dan Asia.

Iklan
Iklan

Penolong Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan) Raizam Setapa @ Mustapha berkata, kesemua barangan yang dirampas itu mengandungi alternator, campuran tembaga serta komponen kenderaan terpakai.

Raizam (duduk, tiga dari kiri) ketika sidang akhbar di Wisma Kastam Pulau Indah di sini pada Isnin.

"Kesemua barang dagangan berkenaan telah dianalisa sebelum ia disahkan sebagai besi sekerap.

Iklan

"JKDM mendapati kesemua barangan itu akan digunakan untuk tujuan proses kitar semula di dalam negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Wisma Kastam Pulau Indah di sini pada Isnin.

Iklan

Katanya, pemeriksaan lanjut dijalankan besi sekerap berkenaan tidak memiliki permit import yang dikeluarkan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia Berhad (SIRIM).

"Siasatan mendapati kegiatan penyeludupan ini melibatkan pengimport berlainan selain ia turut didapati tidak bermusim.

"Susulan itu, JKDM akan sentiasa langkah kawalan bagi mengelakkan negara tidak menjadi lambakan bahan kitar semula secara tidak sah," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (a) dan Seksyen 133 (1) (a) Akta Kastam 1967.

"Orang ramai diminta terus menyalurkan maklumat bagi membanteras kes melibatkan besi sekerap atau e-waste di mana-mana pelabuhan termasuk Pelabuhan Klang," katanya.