3 waktu nasihat anak, antaranya di dalam kenderaan dan ketika makan

Iklan
ANTARA waktu terbaik untuk menasihati anak adalah ketika menaiki kenderaan bersamanya. Foto Canva

ADA dalam kalangan ibu bapa menghadapi kesukaran dalam menasihati anak-anaknya dan kadangkala pening kepala dibuatnya dengan pelbagai kerenah serta perangai anak-anak yang tidak mendengar kata.

Persoalannya, apakah terdapat panduan daripada Islam berkenaan waktu yang sesuai untuk menasihati anak-anak?

Iklan
Iklan

Pendakwah, Ustazah Asma’ Harun menjelaskan, ramai ibu bapa mengadu tidak mengetahui waktu yang tepat untuk menasihati anak-anak mereka memandangkan seharian sibuk bekerja.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Setiap anak lahir dalam fitrah. Ibu bapalah yang menjadikan mereka Yahudi, Majusi atau Nasrani.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Iklan

USTAZAH ASMA'

Ujarnya lagi, Nabi Muhammad SAW telah mengajar umatnya mengenai tiga waktu terbaik untuk menegur dan mendidik anak-anak:

Iklan

1 – Di dalam kenderaan

Ia berdasarkan hadis, Ibnu Abbas berkata: "Nabi Muhammad SAW diberi hadiah seekor baghal (sejenis haiwan hasil kacukan kuda dan keldai) oleh Kisra.

"Baginda menunggangnya dengan tali kekang dan memboncengkan aku di belakangnya. Kemudian Baginda berjalan.

"Tidak lama kemudian Baginda menoleh dan memanggil: 'Wahai anak kecil.' Aku menjawab: 'Labbaika ya Rasulullah.'

2 – Waktu makan

Ia berdasarkan hadis diriwayatkan Umar bin Abi Salamah, beliau berkata: "Waktu aku masih kecil dan berada di bawah jagaan Rasulullah SAW, tanganku bergerak ke sana ke mari di pinggan makanan.

"Maka seperti itulah gaya makanku selepas itu.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

WAKTU makan juga antara waktu terbaik menasihati anak-anak. Foto Canva

3 – Waktu anak sakit

Anas RA berkata: "Ada seorang anak kecil Yahudi yang bekerja membantu Nabi SAW dan dia sedang menderita sakit. Maka Nabi SAW menjenguknya dan Baginda duduk di sisi kepalanya lalu bersabda: 'Masuklah Islam.'

"Anak kecil itu memandang bapanya yang berada berhampiran dengannya. Lalu bapanya berkata: 'Taatilah Abu al-Qasim SAW.' Maka anak kecil itu masuk Islam.

KESIBUKAN ibu bapa bekerja seharian menyebabkan masa bersama anak-anak berkurangan.

"Kemudian Nabi SAW keluar sambil bersabda: 'Segala puji bagi ALLAH yang telah menyelamatkan anak itu dari neraka'.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Abu Hurairah RA meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim)