Bukankah ‘Tiada paksaan dalam agama’?

Iklan
ADALAH menjadi tanggungjawab untuk menasihati dan menegur umat Islam yang melakukan perkara yang dilarang agama Islam.

Soalan

Berkaitan dengan beberapa gambar dan rakaman video yang tular mengenai seorang lelaki mengamalkan ritual agama lain, mengapa umat Islam begitu marah dengan perbuatan tersebut. Bukankah dalam Islam ada konsep tiada paksaan dalam agama? Mohon penjelasan.

Iklan
Iklan

Jawapan

Apabila timbul isu seorang lelaki berbangsa Melayu dan beragama Islam melakukan ritual agama lain di Batu Caves dan kuil-kuil lain, sebahagian besar umat Islam meminta pihak berkuasa jabatan agama mengambil tindakan sewajarnya.

Iklan

Namun di sana timbul juga sebahagian yang mempertikaikannya dan menyatakan ia merupakan kebebasan dalam beragama dan bukankah Islam tidak memaksa umatnya?

Menurutnya, lelaki itu sudah tidak berminat dengan Islam, biarlah dia melakukan ritual tersebut dan tidak perlulah kita nak ambil tindakan terhadapnya.

Iklan

Bagaimanapun, ketika merujuk kepada ayat ke-256 surah al-Baqarah iaitu “Tiada paksaan dalam agama”, ayat ini bukanlah ditujukan kepada umat Islam, sebaliknya ia ditegaskan kepada orang bukan Islam.

Adapun jika seseorang itu telah memeluk Islam, sama ada sejak lahir atau baru memeluk Islam setelah dewasa, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam lain untuk memastikan dia kekal dalam Islam dan menjadi orang yang taat kepada ALLAH SWT.

Oleh sebab itu dalam Islam ada konsep amar makruf nahi mungkar iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Orang Islam yang melakukan perbuatan yang menyalahi syarak pula, akan ada tindakan atau hukuman terhadapnya.

Kita bersedih dan bersimpati dengan apa yang lelaki tersebut lakukan dan oleh sebab itu sebagai umat Islam, kita kena tegur dan kena nasihat kerana kita tidak mahu benda ini terus dilakukan oleh umat Islam.

Bayangkan jika perkara tersebut dibiarkan dan tidak diambil apa-apa tindakan. Kemungkinan akan ada lagi pihak lain yang melakukan perkara sama dan mengajak melakukan perkara sama.

Kita tidak mahu perkara itu berlaku dan kemudiannya menjadi normal dalam masyarakat.

Mudah-mudahan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya dan mewarwarkan kepada orang ramai tindakan tersebut agar ia menjadi pengajaran kepada umat Islam yang lain.