Projek Rimbunan Kaseh Serkam gagal: Norhizam
Iklan
Norhizam melakukan lawatan ke atas Projek Rimbunan Kaseh Serkam yang telah terhenti operasinya sejak 30 April tahun lalu.
JASIN - Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Industri Asas Tani dan Koperasi Melaka, Norhizam Hassan Baktee mendesak satu siasatan menyeluruh dilakukan terhadap projek Taman Rimbunan Kaseh di Serkam yang dihentikan operasinya pada 30 April tahun lalu.
Beliau turut menganggap projek dikenali sebagai Rimbunan Kaseh Serkam adalah sebuah projek yang tidak kesampaian matlamatnya dan kemungkinan wujud unsur ketirisan di dalam pengurusannya sejak ia dimulakan kerajaan terdahulu pada 1 Mei 2013.
Projek Rimbunan Kaseh di Serkam Darat
Iklan
Iklan
"Bagi saya, tujuan asal projek Rimbunan Kaseh Serkam ini amat bagus sekali kerana ia bertujuan untuk mengubah kehidupan golongan berpendapatan rendah supaya dapat menikmati kehidupan lebih selesa.
"Bagaimanapun, dipercayai ada berlaku ketirisan sehingga matlamat serta tujuannya tidak kesampaian. Justeru, saya akan menyerahkan lampiran dokumen berkaitan kepada pihak berkuasa supaya siasatan segera dapat dijalankan,” katanya.
Iklan
Beliau ditemui ketika melakukan lawatan di tapak projek berkenaan yang terletak di Serkam Darat di sini, hari ini.
Taman Rimbunan Kaseh adalah model transformasi masyarakat di kawasan luar bandar yang moden, memenuhi keperluan penempatan kehidupan komuniti, selain menjana ekonomi menerusi industri pertanian yang mengamalkan kaedah pertanian berteknologi tinggi.
Iklan
Berkeluasan 14.164 hektar, projek di Serkam Darat itu menjadi sebahagian program transformasi ke arah memberi keselesaan kehidupan rakyat dalam suasana yang perkampungan abad ke-21 serta dilengkapi kemudahan infrastruktur dan sumber perekonomian baharu serba moden.
Terdapat dua bahagian pembangunan bagi projek Rimbunan Kaseh Serkam iaitu kawasan perumahan seluas 8.094 hektar dan 6.07 hektar untuk pertanian serta ternakan.
Projek tersebut dibiayai Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM24 juta bagi membangunkan infrastruktur dan prasarana yang menjadi sebahagian daripada Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) oleh kerajaan terdahulu untuk membasmi kemiskinan di negeri ini.
Sebanyak RM3 juta pula dibiayai kerajaan Melaka menerusi Majlis Agama Islam Melaka (Maim) yang bertanggungjawab menyediakan tapak tanah.
Pada peringkat awal projek ini disertai seramai 97 peserta terdiri daripada penerima asnaf zakat Maim yang melaksanakan pertanian moden bagi menambah pendapatan.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.