Johor kaji turunkan umur belia kepada 16 tahun

Iklan
Mohd Hairi berucap pada Sambutan Hari Belia Negara 2025 peringkat negeri Johor sempena Program Madani Rakyat (PMR) Johor di Toppen Shopping Centre pada Ahad. Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Karajaan Johor bercadang memperkenalkan had minimum umur belia seawal 16 tahun, bagi memberi pendedahan awal kepada remaja berkaitan alam selepas persekolahan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah berkata, dengan memperkenalkan umur belia pada 16 tahun, remaja berpeluang menyertai persatuan belia sekali gus memastikan persatuan belia mempunyai pelapis yang ampuh.

Iklan
Iklan

"Kerajaan negeri Johor sedang dalam kajian untuk kita memperkasakan lagi belia kita, pelapis-pelapis bermula daripada umur 16 tahun.

"Bila 16 tahun, mereka telah bermula pupuk semangat berpersatuan, mereka tidak terkejut dengan budaya berpersatuan setelah mereka keluar daripada alam persekolahan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Johor sempena Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Johor di Toppen Shopping Centre, di sini, pada Ahad.

Mohd Hairi berkata, sesi libat urus bersama Jabatan Pendidikan, Majlis Belia dan agensi berkaitan akan diadakan, bagi membincangkan perkara berkenaan yang dijangka akan selesai dalam masa terdekat.

Iklan

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan belum bersedia untuk menurunkan had umur belia kepada 30 tahun daripada 40 seperti yang akan dikuatkuasakan di peringkat kebangsaan tahun depan dan akan meneliti perkara itu secara mendalam.

PMR dianjurkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan di bawah kerangka Malaysia MADANI untuk membawa perkhidmatan kerajaan secara langsung kepada rakyat di negeri-negeri terpilih.

PMR 2025 Johor dianjurkan dengan tema"Belia MADANI, Yakin Boleh!” selama tiga hari bermula Jumaat, membariskan lebih 100 perkhidmatan secara langsung yang disediakan agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Johor.

Kementerian belia dan Sukan bertindak sebagai kementerian peneraju bagi PMR 2025 Johor mankala kerajaan negeri bertindak sebagai uan rumah. - Bernama