Biasiswa Terengganu Sejahtera bantu pelajar kurang mampu sambung pengajian
Iklan
Pengarah Yayasan Terengganu, Ahmad Farhan Abdul Wahab (dua dari kanan) menyerah replika cek Biasiswa Terengganu Sejahtera kepada Rektor UC TATI, Prof Dr Hairul Azhar Abdul Rashid sempena Hari Terbuka Universiti College TATI (UC TATI) di Dewan Canselor UC TATI Teluk Kalong, Kemaman pada Ahad.
KEMAMAN - Kerajaan Terengganu memperuntukkan sebanyak RM1.59 juta menerusi Biasiswa Terengganu Sejahtera sebagai inisiatif membantu pelajar berpotensi yang berdepan kekangan kewangan bagi melanjutkan pengajian di University College TATI (UC TATI), milik penuh kerajaan negeri.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, biasiswa itu merupakan langkah strategik kerajaan negeri untuk membuka lebih banyak peluang pendidikan tinggi kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.
Iklan
Iklan
"Hari ini kita lancarkan Biasiswa Terengganu Sejahtera dengan peruntukan RM1.59 juta. Ini satu langkah serius kerajaan bagi membantu anak-anak negeri yang berpotensi tetapi terhimpit masalah kewangan.
"Kita tak mahu ada anak Terengganu yang keciciran dalam pendidikan hanya kerana tidak mampu. Selagi ada ruang dan rezeki, kita akan bantu. Kalau ada lebihan, kita akan tambah lagi," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Biasiswa Terengganu Sejahtera di Dewan Canselor UC TATI di sini pada Ahad.
Iklan
Menurut beliau, biasiswa berkenaan bukan hanya sekadar bantuan kewangan, sebaliknya merupakan pelaburan jangka panjang dalam pembangunan modal insan negeri.
"Bantuan ini memberi peluang kepada pelajar B40 menimba ilmu dan bersaing secara adil.
Iklan
"Kita mahu lahirkan generasi baharu yang boleh mencorak masa depan Terengganu dan memimpin dengan ilmu," ujarnya.
Dalam pada itu, Ahmad Samsuri turut menyeru lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pihak swasta untuk bersama-sama memperluas manfaat biasiswa tersebut kepada lebih ramai pelajar.
Majlis berkenaan turut diserikan dengan Hari Terbuka UC TATI serta menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara universiti itu dengan beberapa rakan strategik.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>