Pengecualian lesen tak beri kesan operasi Petronas

Iklan
Pada Khamis, Abang Johari berkata, Petronas akan diberi pengecualian lesen untuk menjalankan operasi di Sarawak susulan deklarasi bersama yang telah ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan.

SHAH ALAM - Pengecualian lesen terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) tidak akan memberi sebarang masalah atau kesan negatif kepada syarikat tersebut.

Menurut sumber, ia termasuk operasi cari gali sedia ada Petronas di negeri Sarawak.

Iklan
Iklan

"Tiada masalah dan kesan negatif. Malah pengecualian lesen akan lebih memudahkan operasi Petronas di negeri itu," katanya kepada Sinar Harian.

Pada Khamis, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Petronas akan diberi pengecualian lesen untuk menjalankan operasi di Sarawak susulan deklarasi bersama yang telah ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan.

Iklan

Katanya, pengecualian akan diberi sekiranya Petronas membuat permohonan.

Ditanya sama ada Petronas akan berdepan saingan lebih sengit dengan syarikat-syarikat cari gali minyak dan gas lain, beliau memberitahu, isu tersebut tidak wujud di Sarawak.

Iklan

"Tiada isu berhubung persaingan antara kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) di Sarawak.

"Semua syarikat yang ingin membangun dan mengusahakan lapangan minyak di Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah perlu berdasarkan Akta Petroleum '74.

"Syarikat lain perlu bekerjasama dengan Petronas selaku sebuah syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia," ujarnya.