Van bawa petugas kesihatan bertembung lori

Iklan
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa dari dalam lori yang terlibat kemalangan di Jalan Kampung Mamaitom, Tenom.

TENOM - Seramai tujuh petugas kesihatan dari sebuah klinik pergigian berdepan detik cemas apabila van dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori 10 tan dalam kejadian di Jalan Kampung Mamaitom di sini pada Sabtu.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi ketika semua petugas kesihatan itu dalam perjalanan ke kawasan pedalaman bagi melaksanakan program rawatan pergigian untuk penduduk kampung.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Mudi Pengiran berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.29 pagi.

"Seramai lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 34 kilometer dari BBP Tenom.

Iklan

"Kemalangan melibatkan van klinik pergigian yang bertembung dengan sebuah lori 10 tan. Tujuh petugas kesihatan berada dalam van terbabit namun kesemuanya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau berkata, seorang mangsa yang berada di dalam lori berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Iklan

"Mangsa tersebut diserahkan kepada pihak ambulans dan telah dihantar ke Hospital Tenom untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.