Selepas dinobat Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah akan tunai haji

Iklan
Nurul Izzah (tengah) meraikan kemenangannya bersama para perwakilan selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR pada Majlis Perasmian Kongres Nasional PKR 2025 di Persada Johor International Convention Centre, pada Jumaat. Foto Bernama

JOHOR BAHRU – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baharu, Nurul Izzah Anwar akan menunaikan ibadah haji bersama suaminya sejurus selesai Kongres Nasional parti itu.

"Saya mohon doa, saya dan suami akan berangkat menunaikan ibadah haji di Makkah. Doakan kami nanti,” katanya kepada media selepas keputusan pemilihan diumumkan.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, Nurul Izzah berkata bahawa fokus utama beliau selepas ini adalah pengukuhan kerjasama dan hubungan antara ahli dalam parti.

"Seterusnya, fokus adalah untuk melakukan reformasi dalaman bagi menumpukan sepenuh kekuatan jentera ke arah menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) seterusnya,” katanya.

Iklan
Iklan

Keputusan pemilihan tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, sejurus selepas Konvensyen Nasional PKR dirasmikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru.