PM Wong ketuai upacara angkat sumpah Kabinet baharu Singapura

Iklan
Lawrence Wong Foto AFP

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, mengetuai istiadat upacara angkat sumpah Kabinet bagi penggal baharu pentadbiran negara itu di Istana pada Jumaat, susulan kemenangan besar Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam Pilihan Raya Umum pada 3 Mei lalu.

Majlis rasmi itu disiarkan secara langsung di televisyen dan platform media sosial, dan bermula kira-kira jam 8 malam dengan nyanyian lagu kebangsaan Majulah Singapura, diikuti ucapan oleh Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.

Iklan
Iklan

Wong, yang turut memegang portfolio Menteri Kewangan, mengangkat sumpah kesetiaan dan ikrar pelaksanaan tugas di hadapan Presiden Tharman dan Ketua Hakim Negara, Sundaresh Menon.

Perdana Menteri kemudiannya menerima surat cara pelantikan daripada Presiden.

Iklan
Iklan

Turut mengangkat sumpah selepas itu ialah Menteri Kanan Lee Hsien Loong, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Gan Kim Yong, serta tiga Menteri Penyelaras.