Laungan reformasi sambut ketibaan Rafizi
Iklan
Rafizi tiba di Kongres Nasional Keadilan 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru kira-kira jam 8.20 malam.
JOHOR BAHRU – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli mencuri perhatian apabila hadir sedikit lewat ke Dewan Kongres Nasional Keadilan di sini, selepas ketibaan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan selepas lagu Negaraku, lagu negeri Johor serta lagu rasmi Keadilan dinyanyikan.
Beliau yang mengenakan baju Melayu biru, tiba bersama kumpulan penyokongnya dan disambut laungan"Reformasi" oleh para perwakilan yang memenuhi dewan.
Iklan
Iklan
Sebaik tiba, Rafizi terus menuju ke pentas utama dan bersalaman dengan Anwar serta barisan pimpinan tertinggi parti, sambil lensa kamera jurugambar tertumpu kepadanya untuk merakam detik tersebut.
Terdahulu sekitar jam 4 petang, Rafizi membuat penampilan mengejut di Hotel Berjaya Waterfront di sini bagi menunaikan tanggungjawab mengundi dalam pemilihan parti.
Iklan
Sejak petang, tersebar desas-desus bahawa beliau gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden selepas dikatakan menerima undi lebih rendah berbanding pencabarnya, Nurul Izzah Anwar.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid
 Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak pernah bergaduh jauh sekali bermanja dengan Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pihak mengekalkan hubungan profesional walaupun bertembung di gelanggang pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786352/berita/politik/prn-johor-kita-tidak-pernah-bergaduh-bermanja-dengan-ph---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #BN
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
? pru.sinarharian.com.my"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-04T07:39:43.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xalavm2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xalavm2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xalavm2"></script>