Pegawai kanan Jusa C didakwa salah guna harta RM200,000

Iklan
Azlan (tengah) keluar dari Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat.

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan menyalahgunakan sebahagian peruntukan Program Pemantapan Felda Madani 2024 berjumlah RM200,000, tahun lalu.

Datuk Azlan Johar, 54, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa secara tidak jujur, menyalahgunakan harta iaitu sebahagian peruntukan daripada Program Pemantapan Felda Madani 2024 berjumlah RM200,000 dengan menyerahkan harta tersebut kepada abang kandungnya, Anuar Johar bagi kegunaan peribadi.

Kesalahan didakwa dilakukan di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, di sini pada 10 pagi, 7 September 2024 lalu.

Iklan

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin sementara tertuduh diwakili peguam dari Fadzil, Eddin Advocates & Solicitors.

Iklan

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Sebutan semula kes pada 23 Julai depan.