Jabal Tsur saksi perjuangan hijrah Nabi Muhammad, Abu Bakar

Iklan
JABAL TSUR yang terletak kira-kira empat kilometer di selatan Masjidil Haram merupakan saksi bisu pengorbanan dan strategi bijak Rasulullah SAW dalam peristiwa agung hijrah.

JABAL TSUR yang terletak kira-kira empat kilometer di selatan Masjidil Haram bukan sekadar bukit berbatu berketinggian 748 meter dari paras laut, namun ia merupakan saksi bisu pengorbanan dan strategi bijak Rasulullah SAW dalam peristiwa agung hijrah.

Di puncak bukit ini terletaknya Gua Tsur, tempat Rasulullah SAW bersama sahabat karibnya, Sayidina Abu Bakar As-Siddiq RA bersembunyi selama tiga hari tiga malam sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah.

Iklan
Iklan

Menurut Pembimbing Ibadat Haji, Dr Mohd Bakri Aziz@Saari, peristiwa di Gua Tsur mencerminkan betapa pentingnya perancangan teliti, pergantungan kepada ALLAH dan kesetiaan dalam perjuangan dakwah.

DR MOHD BAKRI

Iklan

"Kalau kita lihat Rasulullah SAW tidak terus menuju ke utara untuk ke Madinah, sebaliknya berpatah ke selatan menuju ke Jabal Tsur.

Strategi teliti, disusun bagi kelirukan musuh

Iklan

Tambah beliau, ketika kaum Quraisy mengepung rumah Rasulullah SAW, Baginda dan Abu Bakar telah pun meninggalkan Makkah secara rahsia.

Gua Tsur menjadi lokasi persembunyian mereka. Selama tiga hari, anak Abu Bakar iaitu Abdullah bin Abu Bakar bertanggungjawab menyampaikan makanan dan berita kepada mereka.

Untuk menghapuskan jejak, Amir bin Fuhairah pula menggembala kambing di laluan yang dilalui Abdullah setiap hari.

"Itu strategi teliti Rasulullah SAW. Bahkan untuk menutup pintu gua dari penglihatan musuh, ALLAH SWT mengutus labah-labah untuk membuat sarang dan burung merpati pula bertelur di hadapan pintu gua. Musyrikin Quraisy yang sampai di hadapan gua tidak menyangka ada orang di dalamnya,” jelas Dr Mohd Bakri.

Momen penuh dramatik itu turut menguji keimanan Abu Bakar yang bimbang musuh akan menemui mereka.

RASULULLAH SAW dan Abu Bakar tidak menggunakan laluan yang biasa dilalui pedagang untuk ke Madinah dalam peristiwa agung hijrah. Gambar hiasan

Namun, Rasulullah SAW menenangkannya dengan sabda Baginda yang direkodkan dalam al-Quran: "Jangan bersedih, sesungguhnya ALLAH bersama kita.” (Surah At-Taubah: 40)

Setia Abu Bakar, kasih mendalam

Mohd Bakri yang juga pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Bahasa Arab dari Universiti Putra Malaysia (UPM), turut menekankan betapa mendalamnya kasih dan kesetiaan Abu Bakar terhadap Rasulullah SAW sehingga beliau sanggup mendahului masuk ke dalam gua untuk memastikan keselamatan Baginda.

Tambah beliau, perjalanan dari Makkah ke Gua Tsur bukanlah mudah. Bukit itu lebih tinggi dari Jabal Nur dan pendakiannya mengambil masa lebih sejam melalui laluan berbatu curam.

DR MOHD BAKRI menunjukkan puncak bukit Gua Tsur, tempat Rasulullah SAW bersama sahabat karibnya, Abu Bakar As-Siddiq bersembunyi selama tiga hari tiga malam sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah dalam peristiwa hijrah.

"Menariknya laluan yang dilalui Nabi bukan laluan biasa. Nabi turun ke selatan, melalui kawasan perkuburan Ma'la ke Mina, sebelum berpatah ke barat dan mengikuti laluan pantai menuju Madinah, ia bukan laluan perdagangan Arab yang biasa,” kata beliau.

Ujarnya lagi, bagi jemaah haji yang menziarahi Jabal Tsur, peristiwa tersebut perlu dijadikan iktibar.

"Kita juga perlu berhijrah dari buruk kepada baik dan dari baik kepada lebih baik. Biarlah Jabal Tsur menjadi 'pasak' azam kita untuk berubah selepas haji,” ujarnya.