[VIDEO] Suri rumah, rakan didakwa rompak barang kemas ibu mentua

Iklan

KUANTAN - Seorang suri rumah yang kononnya disamun empat lelaki bertopeng yang memecah masuk rumahnya di Felda Chini Timur 1, Pekan Mac lalu dan seorang rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan di sini pada Jumaat atas pertuduhan terlibat dalam rompakan tersebut.

Tertuduh, Sri Farhana Nabila Mohd Kamal, 27, dan Mohd Fazlin Rahmat, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas tuduhan itu.

Iklan
Iklan

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa secara bersama melakukan rompakan ke atas barang kemas berupa rantai dan gelang tangan emas milik seorang wanita berusia 56 tahun yang juga ibu mentua kepada Sri Farhana Nabila sendiri.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Felda Chini Timur 1, Pekan kira-kira jam 11.50 malam, 20 Mac lalu.

Iklan

Ketika rompakan itu, tertuduh didakwa menggunakan senjata berbahaya sebilah pisau.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 397 KK.

Iklan
Kedua-dua tertuduh dikawal anggota polis keluar dari mahkamah selepas selesai sebutan kes mereka di Mahkamah Sesyen Kuantan dpada Jumaat.

Jika sabit kesalahan, suri rumah dan rakannya itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Azizah Ahmad di hadapan Hakim, Azman Mustapha.

Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan keatas kedua-dua tertuduh mengambil kira mangsa merupakan ahli keluarga salah seorang daripada mereka.

Justeru, mahkamah tidak menawarkan jaminan terhadap semua tertuduh bagaimanapun mereka dibenarkan berbuat demikian selepas melantik peguam pada tarikh sebutan seterusnya yang ditetapkan pada 25 Jun depan.

Sebelum ini, media melaporkan helah wanita itu terbongkar apabila siasatan polis mendapati kejadian rompakan yang didakwa dilakukan empat lelaki bertopeng bersenjatakan pisau itu dirancangnya sendiri bersama seorang rakan bagi mendapatkan barangan kemas bernilai RM12,000 milik ibu mentuanya.

Mohd Fazlin dikawal keluar dari Mahkamah Sesyen Kuantan di sini selepas selesai sebutan kes dihadapi dalam mahkamah itu pada Jumaat.

Tertuduh wanita kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Hasil risikan dan tindakan pantas pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, lima individu termasuk kedua-dua tertuduh telah ditahan dalam serbuan berasingan pada 15 Mei lalu.

Siasatan lanjut mendapati wanita itu sebenarnya merancang untuk merompak barang kemas milik ibu mentuanya dan hasil jualan barang kemas tersebut digunakan untuk membayar suspek lain serta melunaskan hutang along.