Warga asing mengaku rakyat tempatan, 'kantoi' terlupa lagu kebangsaan

Iklan
Antara warga asing yang ditahan untuk pemeriksaan dalam serbuan di sebuah apartment di Bandar Sunway pada Khamis.

PETALING JAYA -"Saya orang sini, tapi sudah lupa mahu nyanyi 'Negaraku'."

Itu helah seorang lelaki warga asing yang mendakwa dirinya rakyat tempatan ketika ditahan dalam Ops Mega Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah apartmen di Bandar Sunway, pada Khamis.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tindakan individu berusia lingkungan 30-an itu terbongkar setelah dia memberikan alasan terlupa ketika diminta menyanyikan lagu kebangsaan sebagai bukti dakwaannya.

Anggota Imigresen menjalankan pemeriksaan di unit kediaman didiami warga asing dalam serbuan di sebuah apartment di Bandar Sunway pada Khamis.

Selain itu, pelbagai tindakan dilakukan warga asing termasuk enggan membuka pintu rumah ketika pemeriksaan dilakukan pasukan serbuan.

Iklan

Malah, terdapat juga warga asing yang sanggup merisikokan nyawa sendiri apabila menyembunyikan diri di bahagian bumbung apartmen terbabit.

Sinar Harian yang berpeluang mengikuti operasi ini turut mendapati segelintir warga asing cuba melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran pasukan serbuan.

Iklan

Bagaimanapun, tindakan tersebut gagal apabila setiap kawasan sekeliling termasuk pintu hadapan apartmen terbabit telah dikepung.

Jefri ketika sidang akhbar di lokasi serbuan pada Khamis.a

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jefri Embok Taha berkata, operasi yang bermula kira-kira jam 9 malam itu dijalankan melibatkan 390 pegawai dan anggota pelbagai agensi, dengan diketuai oleh Jabatan Imigresen Malaysia Selangor berdasarkan hasil risikan selama lebih dua minggu di sekitar lokasi serbuan.

Beliau berkata, antara agensi yang turut terlibat ialah Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya, KLIA dan Kuala Lumpur; Pasukan Gerakan Am (PGA); Jabatan Pendaftaran Negara Selangor; penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ); serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor.

"Kesemua PATI yang ditahan berumur antara 11 hingga 59 tahun terdiri daripada 472 lelaki dan 125 wanita,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi operasi pada Jumaat.

Pelbagai helah diberikan individu warga asing ketika ditahan dalam Ops Mega di sebuah apartment di Bandar Sunway pada Khamis.

Katanya, pelbagai cubaan dilakukan oleh warga asing terbabit untuk mengelakkan diri daripada ditahan dalam operasi tersebut.

"Terdapat pelbagai helah digunakan, termasuk menyamar sebagai warga tempatan, cuba melengahkan pemeriksaan dengan tidak membuka pintu, malah ada juga yang cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa.

"Namun, dengan kecekapan pihak JIM serta bantuan pelbagai agensi yang terlibat, semua cubaan tersebut berjaya digagalkan,” katanya.

Bagaimanapun tindakan tersebut gagal apabila setiap kawasan sekeliling termasuk bahagian pintu hadapan apartment terbabit telah dikepung.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jefri Embok Taha berkata, operasi bermula kira-kira jam 9 malam itu dijalankan melibatkan 390 anggota pegawai pelbagai agensi dengan diketuai oleh Jabatan Imigresen Malaysia Selangor berdasarkan hasil risikan dijalankan lebih dua minggu di sekitar lokasi serbuan sebelum ini.

Beliau berkata, antara agensi turut terlibat adalah Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya, KLIA dan Kuala Lumpur, Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Pendaftaran Negara Selangor, penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor.

Jefri memeriksa dokumen salah seorang warga asing yang ditahan dalam Ops Mega di sebuah apartment di Bandar Sunway pada Khamis.

"Operasi secara besar-besaran ini melibatkan 1,597 warga asing terdiri daripada pelbagai warganegara dan hasil serbuan telah berjaya menahan 597 yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Kesemua PATI ditahan berumur antara 11 tahun hingga 59 tahun yang terdiri daripada 472 lelaki dan 125 wanita," katanya dalam sidang akhbar di lokasi operasi pada Jumaat.

Katanya, pelbagai cubaan dilakukan warga asing ini untuk mengelak ditahan dalam operasi ini.

"Terdapat pelbagai helah digunakan termasuk ada yang menyamar sebagai warga tempatan, cuba melengahkan ketika pemeriksaan dengan tidak membuka pintu malah ada beberapa cubaan melarikan diri ketika menyedari kehadiran pihak berkuasa.

"Bagaimanapun dengan kecekapan pihak JIM dibantu dengan pelbagai agensi terlibat, cubaan seperti ini berjaya ditangani dan kita berjaya kawal serta mengelakkan daripada sebarang kecederaan atau kejadian tidak diingini," katanya.

Menurutnya, antara kesalahan yang dikenal pasti adalah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, pemegang kad tidak diiktiraf serta pelbagai kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.

"Operasi ini dijalankan secara berterusan bagi mengesan, menangkap, mendakwa serta mengusir warga asing yang melanggar peruntukan di bawah Akta Imigresen 1963, Akta Passport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran2007.

"Selain itu pemilik dan majikan turut diingatkan tidak menyewa kediaman milik mereka kepada PATI serta menggajikan PATI secara tidak sah, pelanggaran peraturan seperti ini akan menerima implikasi tindakan undang-undang yang tegas," katanya.

Jefri berkata, kesemua tahanan akan dihantar dan ditempatkan di Depoh Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan PATI atau sebarang info boleh tampil menyalurkannya kepada JIM untuk tindakan selanjutnya," katanya.