Bahaya Perang Dunia Ketiga kian hampir

Iklan
Kempen pencerobohan baharu di bawah Operasi Kenderaan Perang Gideon yang dilancarkan Israel ke atas Genting Gaza sejak minggu lalu mencetuskan kebimbangan rantau Asia Barat. Foto AFP

KONFLIK yang semakin meningkat di beberapa rantau dan sebahagian negara antarabangsa meningkatkan peruntukan pertahanan mereka jelas menunjukkan prospek Perang Dunia Ketiga bukanlah lagi spekulasi semata-mata.

Sejak awal tahun lalu, banyak pihak telah meramalkan kemungkinan meletusnya peperangan berskala besar itu dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

Ia semakin berisiko selepas Amerika Syarikat (AS) gagal memujuk Rusia untuk melaksanakan gencatan senjata bagi menamatkan peperangan bersama Ukraine.

Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Mark Rutte pernah memberi amaran Moscow berpotensi melancarkan serangan besar-besaran ke atas Eropah menjelang 2030.

Iklan

Negara anggota NATO yang bersempadan dengan Moscow sudah mengambil langkah awal meningkatkan bajet pertahanan mereka setelah pakar meramalkan Rusia mungkin akan menyasarkan negara Baltik, Finland atau Poland dalam tempoh tiga atau lima tahun akan datang.

Konfrontasi ketenteraan seumpama itu akan menyebabkan campur tangan NATO yang kemudiannya menyiapkan pentas untuk perang global.

Iklan

Kempen pencerobohan baharu di bawah Operasi Kenderaan Perang Gideon yang dilancarkan Israel ke atas Genting Gaza sejak minggu lalu mencetuskan kebimbangan rantau Asia Barat kian terjerumus ke dalam ketidakstabilan selepas Lubnan, Syria, Yemen dan Libya turut dilanda konflik.

Selain itu, Barat juga resah dengan cita-cita nuklear Iran selepas negara tersebut tetap berkeras dengan program pengayaan uranium yang didakwa sekutu AS kononnya Teheran sedang giat membangunkan senjata nuklear.

Laporan risikan Barat mendakwa Rusia mungkin berkongsi teknologi nuklear dengan Iran sebagai pertukaran dengan peluru berpandu balistik untuk senjata perang ke atas Ukraine.

Ketika komuniti antarabangsa memberi tumpuan kepada konflik di Asia Barat dan Eropah, pergeseran paling berbahaya yang ramai terlepas pandang sebenarnya melibatkan China dan AS.

Beijing dan Washington terus terperangkap dalam perebutan kuasa untuk dominasi global dengan kedua-dua gergasi dunia itu meningkatkan kedudukan tentera di sekitar Taiwan yang dijadikan sebagai kambing hitam.

Beberapa pakar pertahanan memberi amaran, jika ketegangan AS-China berterusan, ia pastinya akan menjadi titik tolak mengheret semua pihak ke ambang Perang Dunia Ketiga.